Thursday, 15 January 2015

Intro dari kami

Alhamdulillah Alhamdulillah untuk harini

Assalammualaikum semua , salam sejahtera diucapkan.

baiklah admin kali ini ingin berkongsi serba sedikit tentang diri kami dan bagaimanakah blog ini dihasilkan dan apa sebabnya. Tak kenal maka tak cintalah kan . Okay, terlebih dahulu kami memperkenalkan diri kami berdua iaitu Nursyafaa binti Suramah dan Maisarah Nadhirah binti Rosli Jamil dari Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor . Insyaallah tahun ini adalah last sem kami ,Doakan ya ,Allahuma Amin. Seterusnya, kami ditugaskan untuk menghasilkan satu blog pendidikan untuk adik adik semua bagi menjadi rujukan pembelajaran sekolah. Tambahan pula,Kami berdua sebenarnya merupakan orang baru dalam alam blog ini . Makanya kami akan cuba yang terbaik , Justeru kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami En Ahmad Firdaus bin Ahmad Shater, kerana beliau kami dapat pengalaman serta kemahiran dalam menghasilkan blog ini . Terima Kasih sekali lagi pensyarah kami yang sentiasa segak dan ceria ,

jangan sesekali lupa jasa guru kita,okay !

















jaga kesihatan semua , Moga baik baik sahaja ,boleh ?





Wednesday, 14 January 2015

Kata awalan admin

ASSALAMMUALAIKUM WBT 

Salam sejahtera semuanya .Moga sentiasa berada dibawah rahmatNya ,untuk pertama kali ingin kami mengucapkan setinggi tinggi  kesyukuran kepada Allah SWT kerana sentiasa memberi banyak nikmat kepada kita tanpa kita sedari . Alhamdulillah . Seterusnya tidak lupa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sentiasa kita merindui baginda , kita sebagai umatnya perlulah sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW serta sentiasa mempraktikkan sunnah sunnahnya setiap masa . Inilah cara bagi menunjukkan betapa sayangnya cintanya kasihnya kita kepada Nabi Muhammad SAW. Entry saya kali ini hanyalah untuk mengingat kembali diri kami sendiri serta kalian semua iaitu Cinta Allah dan Rasul itu yang utama sebenarnya barulah ibu ayah keluarga adik beradik saudara mara kawan kawan seterusnya. MasyaAllah TabarakkaAllah . 


















Maaf salah silap , 


jaga diri jaga