Ameen, alhamdulillah. Now, jom kita mula study!!! solat jumaat ni dilakukan pada hari jumaat tau adik-adik. dah nama pun solat jumaat kan? hihihi. Untuk tahu lebih lanjut apa itu solat jumaat, jom kita baca apa yang ustazah paparkan kat bawah ni...
Ha,, adik-adik semua faham tak maksud yang ustazah tunjukkan tuhh? maksudnya di sini, solat jumaat ni hanya dilakukan dua rakaat sahaja tau. lepas tuh dilakukan pada hari jumaat pada waktu zuhur. Hukum menunaikan solat jumaat ini ialah wajib bagi lelaki yang sudah baligh. Firman Allah S.W.T
Ha,, nampak tak dalil tuh. so adik-adik ustazah yang berjantina lelaki, ingat ye jangan lupa solat jumaat. sekarang ni,, ustazah nak bagitahu adik-adik syarat wajib dalam solat jumaat pulak.\
- Islam: tidak wajib bagi orang kafir
- Baligh: tidak wajib untuk kanak-kanak yang belum baligh
- berakal: tidak wajib bagi orang gila
- merdeka: tidak wajibke atas hamba abdi
- sihat: tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan
- bermastautin: tidak wajib bagi orang yang bermusafir
Bila kita dah cukup kesemua syarat wajib tersebut, kita tengoklah syarat sah untuk solat jumaat. mari adik-adik.
nampak kan semua adik-adik ustazah. adik-adik semua dengar sini. kalau adik-adik semua tidak ikut kesemua syarat di atas, maka solat adik tidak sah tau. sebabnya, syarat di atas merupakan syarat SAH untuk menunaikan solat jumaat. kalau kurang satu syarat tersebut, jadinya solat jumaat adik-adik pun tidak sah. oleh itu adik-adik yang ustazah sayangi, pastikan kesemua syarat di atas dipenuhi ye...
kalau dah cukup kesemua syarat-syarat ni tapi tak tahu niat pun tak guna juga, betul tak? ha,, jom kita baca lafaz niat solat jumaat
maksudnya: Sahaja aku solat jumaat dua rakaat, menjadi makmum tunai kerana Allah Taala
- Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
- Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
- Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
- Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
- Perang - Orang yang berada di medan perang.
- Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
- Memotong kuku.
- Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
- Bersugi.
- Memakai wangi-wangian.
- Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
- Bersegera pergi ke masjid.
- Berniat Iktikaf.
- Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
- Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.
No comments :
Post a Comment