Saturday, 14 February 2015

FEKAH - Tayamum


assalamualaikum semua, annyeonghaseyo.hihihi ustazah teringin nak speaking korea gituh. huhu tak salahkan? seprti biasalah,rutin kita sebelum adik-adik start study kat blog ustazah ni,, kita baca doa dulu.
 

ameen, alhamdulillah. baiklah, ustazah nak tanya pernah tak kamu semua merasai ketiadaan air di tempat tinggal kamu semua? pernah tak? ustazah pernah, sampai suatu ketika tiada air untuk digunakan sebagai air wudhuk. yelah, takkan ustazah nak tinggalkan solat macam tuh je kan.tak mungkin. andwae kalau bahasa korea nye. ustazah pun cubalah satu teknik atau pun cara yang digunakan untuk mengambil wudhuk  ketika tiada air. cara yang ustazah guna ialah tayamum. apa itu tayamumu? ha meh ustazah terangkan.

Tayamum pada bahasa adalah qasad yang bermaksud sengaja atau tuju. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai pengganti kepada wuduk dengan niat atau cara tertentu. Firman Allah SWT :

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Tayamum pada bahasa adalah qasad yang bermaksud sengaja atau tuju. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai pengganti kepada wuduk dengan niat atau cara tertentu. Firman Allah SWT :

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Tayamum pada bahasa adalah qasad yang bermaksud sengaja atau tuju. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai pengganti kepada wuduk dengan niat atau cara tertentu. Firman Allah SWT :

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
 Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Pada syara’pula ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau mandi wajib.

 Allah berfirman: “…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka sucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. …” (al-Maidah (5): 6).


buat masa ni adik-adik semua faham tak maksud tayamum?. senang cerita, tayamum ni kita boleh buat bila betul tiada air. bukan tempat kita je,, tapi di tempat lain. contohnya, kampung kita tiada air tapi kampung sebelah masih lagi ada ait. jadi kita tak boleh guna tayamum sebabnya punca air masih ada di sekeliling kita. faham tak? ok,, kita sambung yang seterusnya

setiap yang berlaku mesti ada sebab bukan? hihihi untuk membuat tayamum ni,, kita mestilah kena ada sebab. kalau takde sebab yang kukuh,so kita tak boleh lah buat tayamum 

Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum:-
  • Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan minum.
  • Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
  • Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.




bahan yang digunakan untuk bertayamum ialah debu tanah. nanti ustazah akan terangkan dekat adik-adik semua bahan yang digunakan . araso??? peringatan untuk adik-adik, kita tidak boleh bertayamum dengan menepuk meja ataupun dinding sebabnya dinding dengan meja tiada debu tanah
  • Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
  • Tidak dikategorikan sebagai abu.
  • Suci dan tidak bernajis.
  • Tidak musta’mal.
  • Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.


ini contoh debu tanah yang kita boleh gunakan dan mudah didapatidi kedai-kedai


 adik-adik semua dah tahu kan maksud , bahan dan juga sebab untuk bertayamum? sekarang ni ustazah nak adik-adik tahu tentang rukunnya pula. anggota badan yang digunakan hanya ada 2 sahaja, iaitu muka dan juga tangan
  • Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
  • Menyapu Muka.
  • Menyapu Tangan.
  • Tertib.






now, ustazah nak tunjukkan pula cara-cara bertayamum:-


1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.


di atas ini lah cara-cara untuk kita bertayamum. peringatan, sekiranya adik-adik memakai jam, cincin dan juga gelang adik-adik semua dikehendaki menanggalkannya kerana ia akan menyukarkan kita menyapu debu tanah.


faham tak adik-adik semua? mudah je untuk melakukan tayamum ni. tapi ingat jangan sesekali menyalahgunakan cara ini. kerana tayamum hanya boleh digunakan pada waktu ketiadaan air sahaja. macam yang ustazah terangkan kat atas tuh. ingat yee pesan ustazah. jangan kita terlalu mengambil mudah tentang sesuatu. jadi ustazah doakan semoga adik-adik dapat membuat teknik tersebut dengan betul. G double ODJOB, goodjob! goodjob!! goodjob!!! semoga berjaya

Tayamum pada bahasa adalah qasad yang bermaksud sengaja atau tuju. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai pengganti kepada wuduk dengan niat atau cara tertentu. Firman Allah SWT : “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu.” (Al-Maidah : 6)

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
script src='http://polste.googlecode.com/files/kandunganblog.js' type='text/javascript'/>

No comments :

Post a Comment